Tuesday 4 July 2017

“Tiang Cahaya” berlaku di Sabah: Fenomena Alam Semulajadi Yang Selalunya Berlaku Di Kawasan Artik kelihatan Di Sabah


Sabah – Baru-baru ini, kejadian ajaib dan jarang-jarang berlaku terjadi di Sabah, dan menggemparkan masyarakat sekitar.

Fenomena alam semula jadi yang jarang berlaku ini dikenali sebagai “light pillars” atau “tiang cahaya”. Nama sedemikian diberi kerana di langit kelihatan seakan terdapat cahaya yang panjang seperti tiang terpancar dari langit ke bawah.


Fenomena ini belaku di awal pagi di Kudat, Sabah.

Tiang cahaya terjadi apabila cahaya melantun dari permukaan rata kristal ais ke udara berdekatan permukaan tanah. Warna tiang cahaya yang terhasil berpunca dari sumber cahaya yang diperoleh.

Foto: Gambar hiasan

Masyarakat Malaysia khususnya terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana fenomena ini biasanya berlaku di luar negara terutamanya di negara-negara yang beriklim sejuk serta negara artik. Apa yang mengejutkan saksi ialah kejadian ini berlaku di negara Malaysia sendiri.

Foto: Gambar hiasan

Sama seperti fenomena Aurora, tiang cahaya menerangi langit malam dengan cahaya yang cerah dan berwarna-warni. Perkara ini pastinya dapat menjamu mata sang pemerhati yang kagum dengan keajaiban alam.

Fenomena alam semula jadi ini berlaku berdekatan Pulau Kelambu, berdekatan dengan hujung Borneo.

Semasa sekumpulan jurugambar tempatan mendapat tahu bahawa fenomena alam yang indah ini berlaku di depan mata mereka, mereka sendiri merasakan bahawa takdir telah membawa mereka pada masa yang tepat.

Jurugambar tersebut dilaporkan mengetahui mengenai kejadian tiang cahaya ini pada malam 21 Jun sekitar jam 9 malam. Cahaya tersebut mula menghilang dan pudar sekitar jam 1 pagi 22 Jun.

“Kami sangat terkejut kerana disambut dengan pemaparan cahaya indah di langit. Ia (fenomena tiang cahaya) sangat menakjubkan. Pastinya kejadian ini merupakan antara saat yang sangat berharga dalam hidup kami,” kata Andrew JK Tan, ketua kumpulan jurugambar, Mentography.

Melihatkan kepada gambar yang sangat cantik ditangkap oleh jurugambar, kami tidak dapat membayangkan keindahan kawasan tersebut di depan mata.

Fenomena yang sama kali terakhir berlaku dua tahun yang lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tlPRC9
via IFTTT